• Posted by : NOIMEYSAKURA Saturday 13 February 2016

    Keesokkan hari cun plak hari aku cuti,pergi la aku rumah majikan aku tuk kemas semua barang2..Elok je aku mengemas tetiba bos perempuan datang dengan muka macam kena rasuk langsung memarahi aku.Dia siap cakap yg aku ni tak mengenang budi lah,kurang ajar lah,,aku pun tak tau dari mn dtgnya kurang ajar aku sedangkan dari semalam aku dah ckap yg aku nk pindah keluar.Dia siap ckap okey je..bila aku nk kemaskan barang aku macam nih plak dibuat.Akhirnya dia suruh aku duduk berbincang.memaki hamun,sumpah seranah sampaikan sempat dia naikkn tangannya nak menumbuk aku kot lalu aku bangun sambil berkata"klu saya nih teruk sangat kak okey,saya berhenti!!harini jugak sy beli tiket saya balik!!!"Terus berubah air muka bos perempuan tu dgn nada perlahan dia cakap"eh..jangan macam nih,kita bincang cara elok..kamu xkasihan dengan kakak ke?kakak dah anggap kamu m mcm adik kakak sendiri"wekkkk,nak muntah aku..Cuba cakap mcm nih dari awal xlah aku pun nk tinggi suara kan......


    Dia tak izinkan aku pindah oke,tapi aku menetapkan syarat iaitu amell aku nak hantar balek ke kampung aku.klu xizinkan aku akan berhenti!!!Mahu xmahu dia terpaksa gak sebab dia juga perlukan aku kan..Dan alhamdulillah aku hantar anak aku masa dia berumur 3bulan..tapi ada pulak masalah baru.Suami aku kan mestilah ikut sekali sebab time aku balek tus cun plak raya haji,tetiba pulak pasport dia ada masalah..tiket dah beli,barang bawak balek banyak gile..aduhhhhhh..xhabis2 masalah.Hari nak berangkat tu pasport suami aku belom gak settle terpaksa aku balek sendiri dgn amell,dengan barang2 yg banya k nih sorang2..uhuhu..rasa nak nangis,bukan rasa tapi dah nangis pun.Begitu berat ujian yg aku hadapi.Alhamdullh,amell pun xbuat hal masa atas flight,maklum la aku kan baru2 jadi ibu..risau jugak keadaan dia kan.Aku tinggalkn suamiku selama seminggu tanpa pengetahuan majikanku,mereka ingat kami semua balek,xpelah..dapat la suamiku berehat ckit..klu tak kene kerja plak.

    Awal aku sampai kuala lumpur ni rasa jakun sikit..maklumlah dah 3tahun aku merantau dan xpernah sekaali pn aku balik..kategori anak derhaka kot,Diorang xcam muka aku sampaikan aku yang sentuh bahu mak aku baru la dia kenal anak dia yg selama nih lari dari rumah dah balek bawak cucu pertama lagi.Itulah amell disayang2,dan aku sangat2 bersyukur..Tapi aku xcakap la dengan family aku pasal tempat kerja aku tuh..silap haribulan dia dah tak bagi aku kerja sana lagi.Nanti suami aku pulak yang susah..dah dia xpernah pijak tanah semenanjung nih,aku yg merana nanti.

    Leave a Reply

    Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

  • Copyright © - Cinta Mati Ummi

    Cinta Mati Ummi - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan